Status Agama Kedua Ibu Bapa Nabi SAW


SOALAN:
Apakah agama kedua ibu bapa Nabi SAW kerana mereka tidak sempat dengan kerasulan Nabi kita?

JAWAPAN:
Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir:

القول بنجاة أبوَي النبي صلى الله عليه وآله وسلم هو القول الحق الذي استقرت عليه كلمة المذاهب الإسلامية المتبوعة، وهو قول المحققين من علماء المسلمين سلفًا وخلفًا، وهو الذي انعقدت عليه كلمة علماء الأزهر الشريف عبر العصور، وعليه الفتوى بدار الإفتاء المصرية، كما حققه فضيلة مفتي الديار المصرية الأسبق العلامة الشيخ محمد بخيت المطيعي، والتي ذكر فيها أن مَن زعم أن أبوَي المصطفى صلى الله عليه وآله وسلم ليسا مِن أهل الإيمان: [قد أخطأ خطأً بيِّنًا يأثم ويدخل به فيمن آذى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، ولكن لا يُحكَم عليه بالكفر؛ لأن المسألة ليست من ضروريات الدِّين التي يجب على المكلَّف تفصيلها. هذا هو الحق الذي تقتضيه النصوص وعليه المحققون من العلماء] اهـ.

“Bermula pendapat dengan selamatnya kedua ibu bapa Nabi SAW ialah pendapat yang sebenar yang telah tetap atasnya segala perkataan mazhab-mazhab Islam yang diikuti. Dan ialah pendapat muhaqqiqin para ulama’ orang Islam zaman dahulu dan sekarang. Ia juga merupakan pegangan ulama’-ulama’ Al-Azhar sepanjang zaman.

Dan atasnya fatwa negeri Mesir sebagaimana telah membenarkannya oleh mufti Mesir yang lepas Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Bakhit Mut’ie yang telah menyebut padanya sesungguhnya barangsiapa menyangka bahawa kedua ibu bapa Nabi SAW bukan orang yang beriman, sesungguhnya dia telah salah sebagai salah yang sangat jelas lagi berdosa dan dia termasuk orang yang telah menyakiti Rasulullah SAW dan tetapi tidak dihukumkannya dengan menjadi kafir dari kerana sesungguhnya masalah ini tidak termasuk perkara yang mudah diketahui daripada agama yang mana wajib mukallaf mengetahui dengan terperinci.

Inilah apa yang sebenarnya yang telah menghendakinya oleh segala nas dan atasnya yang benar segala ulama’.”

Berkata Syeikh Ibrahim Al-Bajuri:

إذا عَلِمْتَ أنَّ أهل الفَترة ناجُون على الراجِح عَلِمْتَ أنَّ أبَوَيه صلى الله عليه وآله وسلم ناجِيَان لكَونِهِما مِن أهل الفَترة، بل جميعُ آبائه صلى الله عليه وآله وسلم وأُمَّهَاتِه ناجُون ومَحكُومٌ بإيمانهم، لم يَدخُلْهُم كُفرٌ
“Apabila telah kamu ketahui sungguhnya ahli fitrah itu selamat mereka itu (dari neraka) atas pendapat yang kuat, nescaya kamu ketahui bahawa kedua ibu bapa Nabi SAW juga selamat keduanya kerana keadaan keduanya dari ahli fitrah juga. Bahkan sekalian nenek moyang Nabi SAW selamat mereka itu dan dihukumkan dengan beriman mereka itu tidak termasuk dalam kalangan yang kafir.” (Syarah Jauharah At-Tauhid)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media