Suami cekik isteri dengan plastik sehingga pengsan, rembat barang kemas & lari dengan skandal

Posted on Wednesday, November 27, 2019 | 11/27/2019



Seorang lelaki di Singapura dipenjara 39 bulan kerana menyerang dan mencekik isterinya kerana tidak tahan dengan mangsa yang kerap membebel mengenai masalah rumah tangga anak lelaki mereka. 

Mengikut pertuduhan, Govindarajan Thiruvengadam Uthirapathy menjerut leher isterinya, Ellapur Selvi Chanthenatever, 56, dari belakang menggunakan plastik lalu mengikatnya dengan ketat sehingga mangsa tidak sedarkan diri. 

Mangsa bernasib baik kerana masih hidup. Namun ketika mangsa tidak sedarkan diri, Govindarajan mengambil kesempatan itu untuk mencuri rantai emas dan dompetnya lalu dipajak. 


Wang yang diperolehinya itu kemudian dikongsikan dengan skandalnya. 

Mangsa yang tersedar terus menghubungi anak perempuannya dan memaklumkan apa yang telah berlaku tetapi dia enggan membuat laporan polis. 

Ellapur pergi ke hospital di tempat dia bekerja sebagai jururawat dan terpaksa ditahan di wad selama seminggu kerana mengalami kesakitan luar biasa di leher dan sebelah kiri perutnya. Ellapur turut memberitahu doktor memgenai kejadian itu. 

Sementara itu suaminya, berjoli dengan wang sebanyak RM13,014.68, malah turut membeli hadiah untuk skandal termasuk dua barang kemas dan memberinya wang tunai RM918,68, selain membeli hadiah untuk ibu saudara skandalnya itu. 

Govindarajan merancang mahu melarikan diri ke Malaysia, namun ditahan polis di Woodlands Checkpoint. 

Difahamkan pasangan itu telah berkahwin sejak 1985 dan bercerai pada 1990. 10 tahun kemudian, mereka kembali bersama mempunyai anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 33 dan 32 tahun. 

Pergaduhan di antara pasangan itu tercetus apabila Ellapur meminta suaminya bertanya pada anak lelaki mereka yang disyaki curang. 

Timbalan Pendakwa Raya mahu Govindarajan dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 29 tahun tetapi peguam tertuduh merayu agar hukuman penjara tidak dikenakan melebihi dua tahun empat bulan. 

Ellapur juga memohon hukuman suaminya itu dikurangkan walaupun dia hampir mati dikerjakan lelaki itu. 

"Ketiadaan dia membuatkan saya tidak tidur lena setiap malam dan ini menjejaskan kesihatan dan prestasi saya," katanya. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/27/2019

0 comments:

Loading...