Suami Kerja Keras Selama 10 Tahun, Tekad Penuhi Impian Kanak-Kanak Sang Isteri


Semua orang punyai impian dan cita-cita namun tak semuanya mampu untuk kita realisasikan. Macam Ohmedia, impian Ohmedia nak mengembara ke Eropah, ambil gambar lawa-lawa, sambil buat vlog. Namun tu cuma impian je, poket Ohmedia masih belum mampu nak realisasikannya lagi, hahaha.

Nak dijadikan cerita, Ohmedia terbaca satu kisah menarik tentang seseorang suami, En. Amir Faisal yang berusaha memenuhi impian isterinya, Munazieraa Ab Aziz, impian kanak-kanak sang isteri selepas terbaca diari milik isterinya. Dalam diari tersebut isterinya memasang impian untuk memilik sebuah banglo diatas bukit yang menghadap tasik.

Kedengaran agak mustahil, lebih-lebih lagi bila Ohmedia dapat tahu, waktu pasangan ni bernikah, mereka hanyalah seorang pelajar dan harta sisuami hanyalah sebuah basikal. Selepas membaca diari berkenaan, sang suami berjanji akan memenuhi impian berkenaan dan akhir sang suami berjaya melakukannya setelah kerja keras selama 10 tahun.



Sumber: Oh! Media