"Tahniah, Perniagaan Papa Nampaknya Makin Kukuh" - Netizen


Baru-baru ini, ada seorang pengguna dari laman Twitter, @JarrNadjmuddean berkongsi sebuah tweet mengenai Mustapha Kamal yang juga dikenali sebagai pelakon.

Tahniah sis ucapkan kepada Mustapha Kamal kerana telah mendapat gelaran Datuk Paduka yang dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


Wah! Dulu sis tengok Mustapha Kamal di kaca televisyen selalu berlakon berpangkat Datuk yang ada syarikat sendiri dan akhirnya...semua menjadi kenyataan. Hehe masin mulut korang.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah diatas anugerah itu dan menganggapnya Megah Holdings (watak yang dipegang oleh Mustapha Kamal dalam drama) akhirnya telah maju jaya. Ish, ada-ada je korang ni kan! Haha.

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media