'Takde minta maat, terus ambil anak & blah' - Ibu selfish tinggalkan anak sampai berak dalam seluar & taik menjejeh di playground

Posted on Friday, November 22, 2019 | 11/22/2019



Sudah menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa meninggalkan anak-anak di tempat permainan kanak-kanak di kompleks beli-belah, sementara mereka pergi ke tempat lain untuk bershopping, dengan harap anak mereka dijaga oleh kakitangan di premis itu. 

Namun, menjadi masalah apabila anak-anak melakukan perkara di luar jangkaan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa orang lain. Seperti yang berlaku baru-baru ini di mana si ibu meninggalkan tiga orang anaknya playground dan anaknya yang paling bongsu berak dalam seluar sehingga melimpah keluar dari lampin pakai buang.

KALAU kau bawa anak pergi tempat macam ni (playground dalam mall), janganlah tinggalkan anak pastu kau pergi shopping. Pastu anak kau berak dalam seluar, menjejeh habis semua tempat kotor. 

Kalau kau yang cuci tak apa. Dah jadi tambah kerja staff sini nak basuh semua tempat yang bertahi anak kau tu. Pastu budak lain tak perasan taik menjejeh tu pun terpijak taik anak kau. Bangang selfish!! 

Aku memang marah gila-gila kat mak dia. Ya Allah, sakitnya hati aku. 

Nombor 1 - Dia tak ada rasa bersalah dia tinggalkan anak dia tiga orang dekat situ. Yang seorang, yang kecil sekali tu terberak daripada playground yang atas tu berjalan kaki tergedik-gedik sampai dekat kaunter. Kau bayangkan taik tu menjejeh berapa meter tu, nak dibersihkan oleh staff tempat tu. 

Nombor 2 - Dia langsung tak ada minta maaf dekat staff yang anak dia dah buat macam tu dan dia dah tinggalkan anak dia dalam keadaan macam tu punya teruk. 

Nombor 3 - Dia tak ada pun offer dia diri untuk bersihkan taik anak dia yang dah menjejeh tu. Aku macam, Ya Allah hai. Yang paling kelakar sekali bila dia datang tu, "Alaa kesiannya anak mama". Dia ambil anak dia, blah. Eeyhhh! Serius la perangai macam ni kan, tolonglah. 

Disebabkan anak kau punya najis tu, bakteria tu akan mengakibatkan anak orang lain kena HFMD la, macam-macam penyakit la. 

Kalau rasa diri tu bodoh sangat, duduk rumah je tak payah keluar. Senang tak menyusahkan orang. Lagi senang tak payah beranak. 

Sebelum korang nak suruh aku berhusnudzon ke, tak payah. Sebab aku dah tanya budak kaunter tu berapa lama budak-budak ini dah kena tinggal dengan mak dia. Budak perempuan itu cakap, "Dah 30 minit lebih macam tu kak. Maknya pergi beli stoking, katanya". Haa banyak dia punya stoking. 

Sumber: Kak Yam


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/22/2019

0 comments:

Loading...