Teluk Kalong FC Juara Piala KP Kemaman

Posted on Monday, November 04, 2019 | 11/04/2019


Teluk Kalong FC. Foto oleh - Syukri Aziz
Oleh: Ihsan Ab. Razak

KEMAMAN, 4 November - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman melabuhkan tirai baru-baru ini dengan gelaran johan menjadi milik Teluk Kalung FC.

Kejohanan berlangsung di Stadium Mini Mak Chili menyaksikan pasukan Teluk Kalung FC (Dewan Undangan Negeri Kijal) membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,500, piala pusingan dan medal.

Pasukan Paman FC (DUN Air Putih) bergelar naib johan serta tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan RAKR FC (DUN Kijal) dan DD Plastic (DUN Air Putih)

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood berkata, 32 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada semua DUN di Kawasan Kemaman.


“Tujuan kejohanan ini adalah untuk mengikat silaturrahim antara pasukan lawan dan menerapkan sukan patuh syariah.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman akan terus komited menyediakan kejohanan-kejohanan sukan yang diminati oleh pemuda," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kejohanan, Ahmad Khairudin Mohd Zaki mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana program yang terdiri daripada DACS Kemaman.


Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran ADUN Air Putih, Cikgu Ab. Razak Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS Dun Air Putih, Dasuki Tahir, .

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 11/04/2019

0 comments:

Loading...