Tun Daim Melawat Kebun Kak Zah

Posted on Sunday, November 17, 2019 | 11/17/2019


Tun Daim (tengah) diiringi Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman dalam kunjungannya kelmarin.
Oleh: Daing Nor Baity

KUALA TERENGGANU, 17 November - Kebun bandar yang diusahakan oleh isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman dikunjungi oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin dan isteri.

Kebun berkenaan dikenali sebagai Pusat Informasi Pertanian Bandar yang sering menjadi kunjungan pelbagai kelab, organisasi Pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan bagi mendapat rujukan maklumat.

Tun Dr Daim Zainuddin yang merupakan usahawan korporat terkenal juga meminati bidang pertanian dan menjuarai bidang “smart farming”.

Beliau ditemani isteri kagum dengan hasil tanaman Kak Zah seperti oregano, kobis bunga, strawberi dan lain-lain di kebun itu.


Turut mengiringi kunjungan tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut Tuan Faizah, beliau berbesar hati dengan kunjungan Tun Daim ke kebunnya.

“Rasa berbesar hati dengan kunjungan jaguh “smart farming” negara ke Pusat Informasi Pertanian Bandar hari ini.

“Kak Zah juga mendapat suntikan semangat daripada Tun untuk meneruskan kempen pertanian bandar di negeri Terengganu ini. Terima kasih Tun.


“Wanita Terengganu hari ini telah memulakan “urban farming” ini di rumah masing-masing," ujarnya.

Kunjungan beliau sekali gus memenuhi jemputan makan tengah hari oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Setia pada tengah hari kelmarin.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 11/17/2019

0 comments:

Loading...