Upin & Ipin Memang Animasi Terbaik Di China Kalahkan Animasi Lain


Kejayaan demi kejayaan nampaknya dicatatkan oleh Les' Copaque, syarikat animasi Upin Ipin apabila terbaru dilaporkan telah berjaya memenangi Anugerah Golden Wing bagi kategori Animasi Terbaik di China.

Bukan calang-calang tau. Pengiktirafan ini juga menunjukkan bahawa karya tempat dipandang tinggi negara luar dan anugerah ini diumumkan dalam acara Animation Game Industry Annua Conference & Anime Beijing Awards atau singkatannya BAGIA.


Acara ini juga turut dianjurkan oleh peneraju dan persatuan syarikat animasi serta permainan video China.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Les’ Copaque telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Beijing Animation and Gaming Industry Association (BAGIA) bagi mewujudkan kerjasama berkaitan industri animasi dan permainan video.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media