Urutan Batin Mampu Tarik Pelancong & TIngkatkan Ekonomi Indonesia?


lepas ni kalau laki korang tiba-tiba semangat dengan kawan-kawan kata nak pergi Indonesia, korang kena hati-hati. Tahu tak sebab apa? Haa, baru-baru ini dalam satu kenyataan, Indonesia sudah bercadang untuk perkenalkan khidmat urutan besarkan alat sulit atau mak erot yang dijangka mampu menarik pelancong dan menambah pendapatan negara.

Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto yang menyatakan kaedah ini perlu diketengahkan kerana industri perubatan tradisional di Indonesia adalah yang terbaik, cuma ia kurang diperkenalkan kepada orang luar.

Industri ubatan tradisional kita sebenarnya hebat, namun ianya tidak diketahui sesiapa. Antaranya ialah, Tongkat Ali, Purwaceng (tumbuhan yang mempunyai kesan seperti viagra), serta Mak Erot. Jika kita mempromosikannya secara telus, pelancong asing pasti akan datang. - kata Dr Terawan.

Jadi macam mana gais? Siapa yang ada masalah kesihatan dalaman dan luaran tu, bolehlah terbang Indonesia dan dapatkan rawatan ni jika cadangan ini diterima.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media