(Video) Atok Mengalirkan Air Mata Cucu Ingin Pulang Ke Bandar Buatkan Ramai Orang Rindukan Atok Dan Nenek

Posted on Tuesday, November 05, 2019 | 11/05/2019



Kasih sayang seorang insan bergelar atok dan nenek terhadap cucu-cucunya memang kita tahu terkadang melebihi sayangnya kepada anak-anak sendiri. Ohmedia maksudkan, pendekatan kasih sayang yang ditunjukkan mereka agak berlainan jika dibandingkan rasa sayang kepada seorang anak.

Kita juga akan merasai perasaan itu dan ini semua dapat dilihat kepada kedua ibu bapa kita sendiri yang semakin tua semakin sensitif perasaan mereka. Sebagai contoh, satu video telah dikongsikan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ngehngehngeh yang merakam atoknya sendiri yang mengalirkan air mata setiap kali dia hendak pulang ke Shah Alam.

Dalam perkongsian itu, gadis itu berkata yang datuknya semakin sensitif dari tahun ke tahun berikutan umur yang telah meningkat dan dia mengalirkan air mata apabila cucunya yang pulang ke kampung, bersiap untuk pulang semula ke kota.

Ramai juga yang turut berkongsi tweet ini dan ada juga yang meluahkan rasa rindu kepada atok dan nenek disaat mereka masih hidup.


Jadi, untuk mereka yang masih ada datuk dan nenek dan mungkin sudah lama tidak pulang berjumpa mereka, pergilah luangkan masa bersama mereka.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/05/2019

0 comments:

Loading...