(Video) 'Fuh! Nasib baik!' - 2 budak tercampak keluar dari kereta


Viral di media sosial video kemalangan yang melibatkan dua buah kereta sehingga menyebabkan dua kanak-kanak lekai tercampak keluar dari kereta. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.54 pagi Jumaat lalu berdekatan dengan persimpangan bertingkat Bandar Cassia, Batu Kawa menghala ke utara, kereta Proton Waja yang berada di lorong kanan dipercayai mengalami tayar pecah. 

Akibatnya, kereta itu hilang kawalan lalu melanggar kereta Honda City yang berada di lorong tengah sebelum kedua-duanya terbabas lalu menghentam besi penghadang jalan. 

Kejadian yang sempat dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan dua kanak-kanak lelaki tercampak keluar dari kereta Honda City. 

Mangsa yang masing-masing terkejut masih mampu berdiri dan ibu serta seorang lagi anaknya segera keluar mendapatkan dua kanak-kanak itu sebelum berpelukkan kerana bersyukur mereka semua terselamat. 


Kejadian itu mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa adalah penting untuk ibu bapa memastikan pintu sentiasa dikunci sebelum memulakan perjalanan dan pastikan anak-anak memakai tali pinggang keselamatan. 

Sumber: Penang Kini


Sumber : thereporter.my