Viral Jemaah Penuhkan Masjid Pada Waktu Subuh, Dikatakan Jarang Berlaku Di Malaysia


Solat Subuh berjemaah? Bila difikirkan, bila agaknya kali terakhir kita solat Subuh berjemaah? Baru-baru ni tersebar gambar menunjukkan lebih 600 jemaah yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Temerloh Jaya.

Seperti yang difahamkan, ia perkara biasa yang berlaku setiap kali laungan azan subuh dan jemaah pasti akan memenuhi 13 saf dan memnuhi setiap ruangan solat yang ada.


Suasana ini mungkin hanya dapat dilihat sewaktu solat Jumaat sahaja, tetapi bila ia berlaku pada waktu Subuh, ianya sangat baik.

Masjid Temerloh Jaya boleh menampung seramai 800 jemaah dan ia dibuka 24 jam yang dilihat menjadi punca ianya sentiasa dikunjungi penduduk sekitar.


Ohmedia ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Masjid Temerloh Jaya dan diharapkan ianya dapat menjadi contoh kepada masjid yang lain dan juga memberikan peringatan kepada kita semua tentang betapa pentingnya solat berjemaah.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media