Calar Kereta Dalam Pameran Untuk Paksa Bapa Beli Kenderaan Itu Untuknya

Posted on Wednesday, December 04, 2019 | 12/04/2019



Apa kerja pula ni? Macam manalah agaknya dia boleh fikir cara ni boleh berhasil erk,haha. Kalau korang nak tahu, baru-baru ni dalam satu pameran kereta di Shangrao, kelihatan seorang lelaki telah menggores pintu belakang kereta pameran dan ia melakukan itu kerana ingin memaksa bapanya untuk belikan kereta idamannya itu.

Lelaki ini juga begitu yakin bapanya akan membeli kenderaan itu sebagai ganti rugi kepada syarikat terbabit kerana telah merosakkan kereta itu.

Tetapi nasib tak baik apabila rakam CCTV turut merakam tindakannya dan dilihat oleh jurujual di situ. Sebelum kejadian, lelaki yang bernama Ji Moubing berusia 22 tahun itu sedang melihat pameran kereta bersama rakannya dan memaklumkan kepada penjual yang bapanya akan membeli kereta itu untuknya sebagai hadiah selepas memiliki lesen memandu.


Bagaimanapun, selepas jurujual terbabit menghubungi bapanya, permintaan anaknya itu ditolak dan menafikan akan membeli kenderaan tersebut untuk anaknya.

Akibat terlalu marah, Moubing pergi ke kenderaan terbabit dan menggores pintu bahagian belakang. Panik melihat tindakan tersebut, jurujual menghubungi polis dan Moubing ditahan bagi membantu siasatan.


Apa agaknya kesudahan kisah budak ni ya? Korang jangan tiru buat perangai macam ni pula ok.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 12/04/2019

0 comments:

Loading...