Hilang Seketika Di Dalam Industri, Nassier Wahab Disahkan Meninggal Dunia


Siapa je yang taktahu lagu Memori Cinta Luka yang dinyanyikan oleh Dato Nassier Wahab kan? Semalam, penyanyi kepada lagu itu dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 12:45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Nassier Wahab, 57 ingin berehat dan meminta untuk diurutkan belakang badan serta tangannya selepas muntah darah kira-kira jam 12:30 pagi tadi. Dalam beberapa minit kemudian, doktor telah mengesahkan Nassier Wahab telah meninggal dunia kepada insterinya iaitu Datin Fatimah Abd Rauf, 56 yang beradi disisi Allahyarham. Sebelum ni, Allahyarham ada membuat pembedahan dan sesi kimoterapi kerana mempunyai tumbuhan pada rahang kirinya.


Jenazah akan diuruskan di Masjid Batu Belah, Klang dan akan dikebumikan kira-kira pada jam 9:30 pagi ni di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah Kelang.

Al-Fatihah dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.




Oh Youtube





Sumber: Oh! Media