Kakitangan UniSZA Redah Banjir Demi Tugas


BESUT, 2 Disember - Lebih 30 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Besut terpaksa menaiki ke lori untuk ke kampus selepas laluan mereka ke tempat kerja itu ditenggelami air sejak kelmarin

Sebuah lori Jabatan Keselamatan UniSZA disediakan kepada kakitangan sejak pagi tadi untuk membawa mereka dari Kampung Raja ke kampus Besut di Tembila.

Pustakawan UniSZA, Norhazura Yunus, berkata mereka sudah dimaklumkan awal oleh pihak keselamatan untuk menaiki lori ke tempat kerja jika banjir melanda di kawasan berkenaan.

“Alhamdullilah, dengan adanya kemudahan ini, kami rasa lebih selamat dan tidak perlu risau kerana laluan harian ke kampus agak berisiko jika redah dengan kereta atau motorsikal.

"Lagipun ini adalah tugas kami kena datang kerja kecuali diistiharkan darurat,” katanya yang berasal dari Kampung Alor Lintang.


Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan UniSZA, Mohd Badrul Hisyam Mat Nasir berkata, kemudahan lori yang disediakan itu sangat bagus dan memudahkan urusan beliau ke tempat kerja demi tugas seharian.

“Setiap hari saya naik motor dari Kampung Raja ke kampus, tapi hari nie saya naik lori sebab jalan penuh dengan air dan tak berani nak redah.

“Motor pun saya bawak sekali dalam lori, sebab mudah nak bergerak nanti di dalam kampus”, katanya ketika ditemui.



Sumber: teganukita.net