Kementerian Kesihatan Akan Siasat, Seorang Ibu Kecewa Bayi Dicucuk Jarum Sebanyak 10 Kali


Adoi, kalau betul la dia gunakan bayi ni untuk training, memang tak patut betul. Baru-baru ni viral gambar yang menunjukkan tangan seorang bayi yang telah dicucuk jarum sebanyak 10 kali.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang ibu di Facebook yang meluahkan rasa sedihnya apabila melihat tangan anaknya telah dicucuk sebanyak 10 kali bagi mendapatkan darah.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan mengatakan pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana sepatutnya seorang pegawai perubatan hanya boleh melakukan dua kali percubaan untuk memasukkan jarum sebelum dirujuk kepada pegawai berpengalaman.

Bayi yang dimasukkan ke hospital perlu terima rawatan. Masalah yang sering dihadapi bayi ini mempunyai saluran darah yang kecil dan ia bukan senang untuk dapatkan saluran itu. Menjadi amalan kita kalau doktor tersebut gagal dua kali, dia perlu rujuk kepada doktor senior. Tidak boleh mencuba hingga 10 kali. Bagaimanapun, kita akan siasat. - Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Memang kita semua sedia maklum yang memang ada pelatih yang bertugas di hospital dan jika tidak kita pesakit yang menjadi tempat mereka untuk berlatih, macam mana nak jadi seorang yang pakar. Tapi diharapkan anda ikutlah proses yang sepatutnya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media