Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

Posted on Wednesday, December 04, 2019 | 12/04/2019



Walaupun hujan sudah berhenti, mangsa banjir terus meningkat kira-kira sebanyak 13,000 lebih orang sehingga jam 9 pagi tadi.


Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas dikatakan meningkat lebih 9,000 orang daripada 3,000 keluarga di 29 pusat pemindahan sementara berdasarkan Aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di Tumpat pula, lebih 900 keluarga dipindahkan di 7 pusat pemindahan sementara. Tanah Merah didapati sebanyak 97 keluarga dipindahkan di 7 pusat pemindahan sementara, Machang sebanyak 38 keluarga dipindahkan di 3 pusat pemindahan sementara , Pasir Puteh sebanyak 219 keluarga di pindahkan di 3 pusat pemindahan sementara, Kota Bharu pula sebanyak 37 keluarga dipindahkan ke 2 pusat pemindahan sementara manakala Kuala Krai pula sebanyak 65 keluarga dipindahkan di 5 pusat pemindahan sementara.


Kesemuanya ditempatkan di 61 pusat pemindahan sementara yang membabitkan 61 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah yang berkaitan.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 12/04/2019

0 comments:

Loading...