Nafuzi Zain lihat sendiri aksi import di Vietnam


Kuala Terengganu: Teka-teki siapa akan menggantikan Kipre Tchetche terjawab selepas Terengganu FC (TFC) mengikat penyerang Saigon FC, Dominique Da Sylva, selama setahun, semalam.




Pemain berusia 30 tahun itu berjaya memikat pengendali TFC, Mohd Nafuzi Zain, yang melihat sendiri aksinya dalam Liga Vietnam sebelum ini.



Selain Saigon FC, Da Sylva juga pernah beraksi bersama Ho Chi Minh City pada 2017 serta beberapa buah kelab di Cyprus, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

Kemasukan Da Sylva menjadikan TFC kini memerlukan seorang lagi pemain import dengan posisi bek tengah dijangka turut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini finalis Piala Malaysia 2018 itu mendapatkan pemain sayap Singapura, Faris Ramli, selain mengekalkan khidmat Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov. - Arena