Pemain Filipina Justin Baas Biadap Beri High Five Kasar Lepas Menang 1-0


Nampaknya memang mereka sengaja ingin menambah rencah keburukan lagi terhadap penganjuran Sukan SEA Filipina yang sedang berlangsung ni apabila terbaru tersebar pula satu video menunjukkan pemain bolasepak Filipina telah melayan pemain negara dengan kasar ketika bersalaman pada akhir perlawanan yang menyaksikan pasukan tuan rumah menang 1-0 ke atas Malaysia.

Tindakan pemain yang dikenali sebagai Justin Baas ini yang dianggap kurang sopan dan biadap telah mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada pengguna media sosial.

Korang lihatlah sendiri video yang dikongsikan di Twitter Harimaumalaya7 yang menunjukkan Justin pada mulanya melakukan high five tetapi ia dilakukan dengan kasar sambil menjerit ke arah pemain negara.


Apa-apapun kita mengharapkan agar pasukan negara dapat mencipta sesuatu di saingan sukan SEA ini dan tunjukkan kekuatan kita dengan kemenangan mutlak. Baru diorang tak dapat nak sombong macam tu lagi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Sumber: Oh! Media