'Saya tak takut nak tenggelamkan kapal nelayan Malaysia curi ikan di perairan Indonesia' - Menteri Ikan

Posted on Tuesday, December 03, 2019 | 12/03/2019



Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Edhy Prabowo menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk menenggelamkan kapal nelayan milik Malaysia.

Baru-baru ini, sebuah kapal nelayan yang didakwa milik Malaysia ditahan agensi maritim Indonesia di perairan Selat Melaka, kerana didakwa mencuri ikan di kawasan tersebut. 

Kapal nelayan itu kini ditahan di Aceh sementara menunggu tindakan undang-undang di negara itu, sekali gus membuktikan bahawa kerajaan Indonesia adalah serius dalam menjaga hasil lautnya. 

"Menenggelamkan kapal bukanlah keutamaan kami, tapi kalau kami tangkap mereka, kita kerja mereka lari, ya kita akan tenggelamkan juga (kapal nelayan).

"Saya tidak takut untuk menenggelamkan dan saya tidak ingin perkara ini hanya menjadi cakap-cakap sahaja, ia harus menjadi realiti dan dinikmati oleh masyarakat," katanya kepada media tempatan, 1 Disember 2019. 

Edhy juga memberi jaminan bahawa kapal nelayan itu tidak akan dilepaskan walaupun pemilik kapal itu meminta untuk membayar kapalnya yang telah ditahan. 

"Bukan hanya kapal Malaysia, kita juga sudah menangkap kapal asing di perairan Sulut di daerah Bitung dan sekarang kapal dari Filipina itu telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. 

"Kita berharap apa yang terjadi bukanlah untuk mengeruhkan hubungan dengan negara jiran kerana saya yakin mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika kes itu berlaku di negara mereka," katanya. 

Difahamkan, agensi maritim Indonesia telah menangkap sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia di perairan Selat Melaka daerah Indonesia pada Jumaat 29 November 2019. 

Kapal itu ditangkap kerana menggunakan alat menangkap ikan yang dilarang jenis pukat dan tidak memiliki dokumen kebenaran dari Kerajaan Indonesia.

Sumber: Sosok


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 12/03/2019

0 comments:

Loading...