Tiada Pusat Pemindahan Sementara Dibuka


Oleh: Mohd Haniff Abas

KUALA NERUS, 2 Disember - Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berikutan trend aliran air mulai surut selepas hujan turun dengan lebat sehingga lewat petang semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, hujan turun sangat lebat sehingga petang semalam dan beberapa tempat telah dinaiki air, namun ianya tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, setakat ini keadaan masih terkawal dan beberapa rumah yang dimasuki air adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan.


“Ini menyebabkan air terperangkap kerana masalah longkang tidak diselenggara,” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengesahkan bahawa sehingga sekarang masih belum ada keluarga yang dipindahkan ke PPS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas memantau keadaan air di beberapa lokasi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.


“Saya berharap agar setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa peka dan dapat memantau keadaan kampung masing-masing,” tambah beliau lagi.

Beliau juga berharap agar semua penduduk dapat mengutamakan keselamatan dan berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berwajib.

Sumber: teganukita.net