“Wahai Isteriku, Dengan Siapa Engkau Di Syurga Kelak?”

Posted on Thursday, December 05, 2019 | 12/05/2019



SOALAN:
Ada seseorang bermadah:

“Wahai isteriku, sekiranya aku boleh berdoa, maka aku berdoa kepada Allah agar engkau yang meninggal dahulu, barulah aku menyusul. Aku tidak ingin apabila aku meninggal terlebih dahulu, kemudian engkau bernikah lagi dengan lelaki lain, maka engkau akan bersama suami terakhirmu di syurga. Aku yang sudah menanti-nanti akan menjadi Raja bagimu di syurga, ternyata aku harus menanggung cemburu tak tertahan, melihat kenyataan engkau bersanding dengan lelaki lainnya di syurga… selama-lamanya.”

Apakah benar gambaran hal di atas?

JAWAPAN:
Hal ini kembali kepada pembahasan “Apabila wanita bernikah lebih dari sekali, bersama siapakah dia di syurga kelak di antara suaminya (apabila semua suaminya masuk syurga)? Dalam hal ini ulama' berbeza pendapat, terdapat dua pendapat terkenal:

  • Wanita boleh memilih dengan suami yang mana kelak dia akan bersama di syurga.
  • Wanita bersama suami terakhirnya di dunia.

Wanita boleh memilih dengan suami yang mana kelak dia akan bersama di syurga

Para ulama' berdalil bahawa di syurga kelak seseorang dapat memilih sesuai dengan apa yang dia inginkan berdasarkan keumuman ayat mengenai kehidupan di syurga. Allah berfirman:

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ
“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” [Az-Zukhruf: 71]

Demikian juga hadith, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
“Wanita manapun yang ditinggal mati suaminya, kemudian si wanita bernikah lagi, maka dia menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir.” [HR. Ath-Thabarani, lihat Ash-Sahihah 3/275]

Dalam kitab At-Tadzkirah fii ahwalil mauta disebutkan:

وقيل : إنها تخير إذا كانت ذات زوج
“Pendapat lainnya adalah wanita tersebut dapat memilih apabila memilki beberapa suami.” [2/278]

(HR. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Washith dari Abu Darda’)

Sebahagian lagi berdalil dengan hadits Ummu Salamah yang mengenai bolehnya memilih suami di syurga, hanya saja sebagian ulama' mendhaifkan hadith tersebut:

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهَا تُخَيَّرُ فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا
“Wahai Ummu Salamah, dia akan diberi pilihan sehingga dia memilih yang paling baik di antara mereka.” [HR. Thabarani, Al-Mu’jam al-Kabir 23/367]

Wanita bersama suami terakhirnya di dunia

Dalilnya adalah perbuatan Ummu Darda’ yang menolak lamaran Mu’awiyah karena ingin menjadi suami Abu Darda’ di syurga. Dia berkata: “Aku mendengar Abu Darda’ (suaminya yang telah meninggal) berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الْمَرْأَةُ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
“Seorang wanita bagi suaminya yang terakhir.” Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Dardaa’.” [As-Sahihah no. 128]

Hudzaifah radhiallahu ‘anhu juga pernah berkata kepada isterinya agar tidak bernikah lagi setelah dia meninggal apabila istrinya ingin bersanding dengannya di syurga.

إِنْ شِئْتِ أَنْ تَكُوْنِي زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِي بَعْدِي فَإِنَّ الْمَرْأَةَ فِي الْجَنَّةِ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِي الدُّنْيَا فَلِذَلِكَ حَرَّمَ اللهُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْكِحْنَ بَعْدَهُ لِأَنَّهُنَّ أَزْوَاجَهُ فِي الْجَنَّةِ
“Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku meninggal, keraena seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di dunia. Kerananya Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bernikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga.” [As-Sahihah no. 1281]

Dari beberapa pendapat tersebut sebagian ulama' merajihkan pendapat kedua yang terpilih kerana sesuai dengan zahir hadith, akan tetapi sebagian ulama' lainnya yang merajihkan pendapat pertama.

Catatan Penting

1. Apabila ada laki-laki soleh yang melamar seorang wanita janda (janda ditinggal mati), kemudian wanita tersebut tidak dapat menjaga diri dengan hidup menjanda sendiri kerana fitnah dan tidak mampu mendidik anak-anaknya sendiri, maka hendaknya dia menerima lamaran lelaki tersebut. Hal ini lebih baik daripada dia berangan-angan bersama suami terakhirnya, akan tetapi dia terjerumus dalam fitnah dan maksiat.

Perhatikan hadith berikut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوْهُ إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ
“Apabila datang kepada kalian seseorang yang kalian redhai agama dan akhlaknya (untuk meminang wanita kalian) maka hendaknya kalian menikahkannya dengan wanita kalian. Bila tidak, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan.” [HR. At-Tirmidzi no. 1085, hasan]

2. Tidak ada cemburu dan kecewa di syurga karena Allah sudah mencabutnya, jadi jangan khuatir cemburu seperti gambaran kisah di atas.

Perhatikan hadith berikut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

وَلَا اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ وَاحِدٍ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا
“Tidak ada perselisihan di antara mereka, tidak ada permusuhan, hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah setiap pagi dan petang.” [HR. Al-Bukhari no. 3073]

3. Terdapat pendapat ulama' lainnya iaitu dia akan bersama suami terakhir apabila suami tersebut sama amal dan akhlaknya dengan isterinya.

Syaikh Ali Firkous berkata:

وإن كان لها أزواجٌ في الدنيا فهي في الجنَّة مع آخر أزواجها إذا تَسَاوَوْا في الخُلُق والصلاح
“Apabila wanita tersebut mempunyai beberapa suami di dunia, maka dia berada di syurga bersama suami terakhirnya apabila sama dalam akhlak dan amal soleh.” [Lihat: https://ferkous.com/home/?q=fatwa-959]

Demikian juga ayat yang menyatakan bahwa suami dan isteri itu berada pada satu naungan kerana samanya amal, akhlak dan balasan adalah mereka bersama dalam satu kedudukan.

Allah berfirman:

هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلاَلٍ
“Mereka bersama dengan isteri-isteri mereka dibawah naungan (syurga).” [Yasin: 56]

Wallahua’lam.

Oleh: Raehanul Bahraen
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 12/05/2019

0 comments:

Loading...