2 anggota polis lakonkan semula adegan pasangan buat hubungan intim di pokok, buat netizen tergelak


Dua anggota polis Thailand melakonkan semua adegan ehem² pasangan kekasih yang melakukan hubungan intim di sebatang pokok hiasan di luar kampus universiti. 

Terdahulu, video yang menunjukkan seorang lelaki 'Mat Salleh' sedang melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan teman wanitanya viral di media sosial dan kejadian itu dilaporkan berlaku di luar Universiti Kasetsart, Bangkok. 

Penduduk tempatan berang dengan tindakan pasangan itu lalu membuat laporan dan menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pasangan itu kerana berkelakuan tidak sopan. 

Polis kemudian datang ke lokasi kejadian dan melakonkan semula adegan tersebut sambil memegang pokok tersebut bagi menunjukkan bagaimana jenayah itu berlaku. 

Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh pelancong asing untuk memenuhi permintaan pelanggannya di media sosial di mana video tersebut boleh dibeli dengan harga $5 hingga $15. 

Leftenan Kolonel Sarawut Butrdee berkata, pihaknya akan meneliti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan dan mengenalpasti pasangan terbabit. 


Polis juga memberi amaran tegas, mana-mana pihak produksi yang berniat membuat rakaman seperti itu akan dikenakan tindakan tegas. 

"Tingkah laku ini adalah haram dan jelas sekali tidak bermoral dan perbuatan itu jelas melanggar Akta Jenayah Komputer," katanya. 

Menurut undang-undang Thailand, mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu di tempat awam boleh didenda maksimum 5,000 baht (RM670). 


Sumber: Daily Star


Sumber : thereporter.my