'2 tahun lalu saya beri pandangan tetapi dinasihatkan untuk diam & tak masuk campur' - TMJ respon permintaan rakyat tangani isu koronavirus


Semalam, Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataannya di Facebook mengenai permintaan rakyat yang mahu baginda bertindak menangani isu wabak koronavirus yang juga telah masuk ke Malaysia.

Berikut kenyataan dari TMJ:

Ramai yang meminta saya untuk bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus dari China yang sedang merebak di negara kita. Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang dua tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan.

Dua tahun yang lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi telah dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan. Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara. Tetapi saya telah disuruh berdiam diri.

Dan hari ini apabila negara dilanda pelbagai krisis, anda semua menyeru kepada saya untuk melakukan sesuatu. Allah S.W.T Maha Kaya, Maha Esa, Maha Adil dan Maha Berkuasa. Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan pada dua tahun lalu telah terjadi pada hari ini.

Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H). Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah S.W.T berkati kita semua.

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja




REAKSI NETIZEN



Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor


Sumber : thereporter.my