Adik Nur Dinie Meninggal Dunia Bukan Sebab Influenza A?


Sepertimana yang korang tahu kisah seorang pelajar tahun satu yang bernama Nur Dinie Damia Muhamaad Noor Ain disyaki dijangkiti Influenza A sejak beberapa hari yang lalu tular di media sosial.

Ohmedia tengok nasib si adik ni pun rasa sebak sangat apabila dapat tahu dia meninggal dunia malam tadi. Lebih mengejutkan, punca adik Nur Dinie meninggal dunia adalah disebabkan kegagalan hati dan buah pinggang.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata bahawa adik ini disahkan negatif influenza A gais. Apapun, Ohmedia ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Psst...kalau korang ada anak-anak yang tengah tak sihat tu, Ohmedia sarankan korang untuk bawa pergi hospital terus. Bukan apa, nyawa anak kan lebih penting. Hmm. Mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan supaya cepat sembuh?

Sumber: Amazing Nara

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media