Akibat Cuba Tiru Aksi Di Youtube, Seorang Budak Tanggung Padah!

Posted on Wednesday, January 15, 2020 | 1/15/2020



Seperti mana kita tahu, Youtube ni selain tempat layan video-video mv, Youtube ni pun tempat layan video-video challenge yang tak bermanfaat. Macam-macamlah, ada yang mandi kolam time musim sejuk, ada yang makan makanan pedas. Ohmedia tahu itu semua just for fun. Tapi bahaya benda bila ia jadi ikutan budak-budak. Contoh macam cerita seorang budak ni diluar negara.

Kerana cuba untuk meniru aksi di dalam Youtube, seorang budak ni cedera selepas disambar api dibahagian leher dan muka. Menurut info, budak yang bernama Dale Robinson sedang bermain dengan rakannya ditaman berhampiran lalu memutuksan untuk meniru aksi menggunakan pemetik, deodoran, tong petrol seperti yang ada di Youtube.

Malang tidak berbau, sebaik saja budak tu hidupkan pemetik api, api tersebut menyambar wajah dan jaket yang dipakai secara tiba-tiba. Jaket berkenaan lalu mencair dan meleleh serta kena pada muka dan kepala budak berkenaan. Kesannya budak berkenaan berlari keliling taman permainan untuk meminta bantuan.  Ibu budak berkenaan, Deborah Moore telah bergegas membawa anaknya itu kehospital.

Sumber gambar dari BelfastLIve
Menurut ibunya, Robinson mengalami lecur dimuka, kepala dan leher. Tambahnya, anaknya bernasib baik memerlukan pembedahan plastik dan ia mengatakan ini adalah kenangan Krismas paling buruk. Beliau turut menasihatkan supaya tidak meniru aksi yang berada di Youtube.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/15/2020

0 comments:

Loading...