Aktiviti Keagamaan Di Sekolah Dikatakan Jejas Akademik Anak- Anak


Macam-macam isulah sekarang ni kan. Sehinggakan isu agama sendiri dipersoalkan. Bagi mereka yang dah biasa duduk asrama mesti takde masalah dengan rutin dan aturan kehidupan di sana. Namun, di sekolah biasa juga dah banyak buat aktiviti kerohanian macamni bersama guru dan rakan.

Menurut sumber yang Ohmedia baca, taksangka pulak ada juga ibu bapa yang tidak senang dengan aktiviti keagamaan yang dianjurkan sendiri oleh pihak sekolah. Haih biar betul ibu bapa zaman sekarang ni? Keluhan ini telah ditulis oleh ibu bapa dan dikongsikan dalam sebuah portal dan telah tersebar di Twitter.

Apa yang Ohmedia baca, ibu bapa beranggapan yang aktiviti ini hanya memakan masa dan tenaga pelajar sahaja. Bagi mereka perkara itu hanya membuatkan anak-anak mereka jadi lebih letih dan lesu semasa mengulangkaji pelajaran.


Rata-ratanya netizen telah membidas sikap ibu bapa zaman sekarang dan turut mendapat kritikan yang hebat di laman social Twitter. Mereka mengatakan bahawa isu keagamaan seperti ini tidak patut dibangkitkan dan dijadikan sebagai isu.


Pada pendapat Ohmedia, sebelum nak kata sesuatu atau menyatakan sebarang pendapat seelokknya selidik dan berfikir terlebih dahulu. Aktiviti yang baik seperti ini bukanlah sesuatu perkara yang merugikan malah dapat membentuk peribadi anak dengan lebih baik. Lagi satu, janganlah manjakan sangat anak korang tu! Belajar berdikari dan biar mereka rasa susah sikit.

Sumber: Borakdaily

+Baca respon pembaca Oh! Media

Sumber: Oh! Media