Baru Darjah 6 Sudah Pandai Lakar & Bina Menara Moden Macam Pro


"Melentur buluh biarlah dari rebungnya", peribahasa ini ditujukan untuk ibu bapa yang hendak mengajar atau mendidik anak-anak biarlah sejak mereka kecil kerana bila sudah besar nanti, mereka pasti susah menerima teguran. Jadi, jika kita sebagai ibu bapa sudah nampak potensi anak-anak dari kecil, apa salahnya jika kita bantu mereka untuk jadi yang lebih baik?

Ohmedia tertarik dengan kebolehan adik Airiel Haziq yang baru sahaja berusia 12 tahun dan sudah mahir dalam bidang seni bina lukis. Kemampuan adik Airiel ini tentunya digilap oleh bapanya sendiri iaitu Mohd Hardy yang sudah melihat bakat dan minat anaknya itu sejak usia 10 tahun lagi.

Ini dibuktikan dengan perkongsian Mohd Hardy menunjukkan hasil lakaran reka bentuk rumah yang dihasilkan anak sulungnya.





Tengoklah tu, baru darjah 6, tapi dah baca buku Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 dan terus lakar dekat aplikasi lagi tu. Terbaiklah adik Airiel! Ohmedia harap adik teruskan dengan minat ini dan semoga dapat menjadi seorang arkitek yang berjaya satu hari nanti.

Oh ya, kalau korang nak tahu, projek pertama yang adik Airiel ni tengah buat sekarang adalah renovation dapur ibu dia sendiri. Kalau nak tengok hasil rekaan adik Airiel ni, boleh tengok dekat Facebook ayah dia dekat bawah tu.


Jadi, korang dah nampak belum apa yang anak-anak korang minat? Yang penting kita jangan halang apa yang mereka suka lakukan tetapi kita hanya perlu pantau dan ini pasti akan memberi manfaat untuk masa depan mereka.


Sumber: Mohd Hardy

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media