China kesan koronavirus di pasar makanan laut Wuhan


Pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah berjaya mengasingkan koronavirus dalam sampel persekitaran pasaran makanan laut di Wuhan yang menunjukkan bahawa virus itu berasal dari haiwan liar yang dijual di pasaran. 

Menurut Institut Pengawasan dan Pencegahan Penyakit Viral di bawah CDC China berkata, 33 daripada 585 sampel yang diambil dari pasar itu didapati mengandungi asid nukleik koronavirus. 

Laporan terdahulu memetik kenyataan beberapa pakar berkata bahawa taburan geografi kes-kes menunjukkan hubungan rapat antara wabak dan pasaran makanan laut. 

Golongan pakar dari institut itu mengambil sampel-sampel berkenaan dari pasar itu pada 1 Januari dan 12 Januari. 31 daripada 33 sampel positif diambil dari bahagian barat pasar tersebut, di mana gerai-gerai itu menjual hidupan liar, yang juga menunjukkan bahawa wabak koronavirus sangat releven dengan perdagangan hidupan liar. 

Kejayaan pengasingan koronavirus ini membuktikan bahawa Pasar Borong Makanan Huanan mengandungi sejumlah besar koronavirus. 

Sumber: Xinhua, The Star


Sumber : thereporter.my