China Teruskan Gerakan Anti-Islam Ke Atas Kaum Hui, Buang Semua Ciri-Ciri & Simbol Islamik


Kita sebenarnya bersimpati dengan apa yang dialami China sekarang apabila mereka diserang wabak coronavirus yang telah membunuh ratusan rakyatnya. Tapi kita sebagai umat Islam tidak lupa dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap masyarakat Muslim di Uighur.

Sekarang, terbongkar pula satu lagi tindakan kejam kerajaan China terhadap masyarat Muslim di China apabila portal Bitter Winter telah mendedahkan yang gerakan anti-Islam semakin menjadi-jadi dan kini terjadi di Inner Monglia pula.

Kempen anti-Islam ini telah dirancang dan digerakkan oleh kerajaan China sendiri dan ini memberikan kebimbangan kaum Hui yang majoritinya beragama Islam. Nampaknya selepas Uighur, kini giliran kaum Hui pula.

Sebagai permulaan, kerajaan China telah melarang sebarang penggunaan bentuk binaan atau simbol yang mempunyai ciri-ciri Islamik dan ini termasuk kubah masjid atau sebarang tulisan dalam bahasa Arab.

Sebagai bukti, kita dapat melihat perbezaan gambar beberapa masjid di Hebei, Gansu, Inner Monglia, Qinghai dan Ningxia yang sudah dibuang semua ciri-ciri Islamik.




Jika dilihat dari gambar-gambar ini, memang sebuah masjid sudah tidak nampak seperti masjid lagi, sehinggakan bentuk kubah turut ditukar kepada bentuk bongkah. Mereka juga terpaksa mengikut segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Setakat ini kaum Hui dikatakan masih diberikan kebebasan untuk melakukan ibadah. Akan tetapi, mereka tetap sedar apa yang telah dilakukan kerajaan terhadap Muslim Uighur dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.





Sumber: Bitter Winter

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Sumber: Oh! Media