Giliran Malaysia Pula Cerita Fakta Sebenar Kejadian Black Hawk Down Melalui Filem Bakara


Fuhh! Akhirnya filem yang kita semua nantikan berdasarkan kisah sebenar ini bakal menjadi realiti. Filem apa tu? Selepas agak kecewa dengan fakta yang diceritakan di dalam filem Black Hawk Down 2001, akhirnya giliran Malaysia pula untuk mendedahkan fakta yang sebenar melalui filem Bakara.

Perasaan teruja ditambah lagi apabila pengarah filem Paskal iaitu Adrian Teh telah diberi tanggungjawab oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghasilkan filem bersejarah ini.

Bakara adalah kisah pertempuran askar kita di Mogadishu, Somalia dan ia diadaptasi daripada filem Black Hawk Down versi sebenar Malaysia.

Baru-baru ini, majlis pelancaran filem yang dijangkakan bakal menemui penonton pada 2021 telah diadakan di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah dan Paglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi turut menunjukkan semangat untuk menjayakan filem ini.

Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan, diserang hendap oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid. Bakara turut memaparkan pasukan tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia. - Katanya.



A post shared by Adrian Teh (@adrianteh19) on

Amacam? Adrian Teh tanpa membuang masa turut dah senaraikan barisan pelakon utama yang hebat-hebat gais antaranya sudah pasti Hairul Azreen pelakon kesayangan dia, kita ada Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.


Sumber: Astro Awani

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media