Hampir 200,000 Pemohon Telah Mendapat RM30 Melalui e-Wallet

Posted on Thursday, January 16, 2020 | 1/16/2020



Korang semua dah tebus ke belum RM30 yang kerajaan berikan dekat semua rakyat Malaysia memalui e-Wallet tu? Kerajaan menggunakan kaedah e-Tunai ni sebab nak menggalakkan semua warga tempatan menggunakan transaksi ni tanpa membawa sebarang duit pada diri.

Sambutan yang diterima sangat la menggalakkan sampai sistem ada yang tak dapat menampung dan ada masalah teknikal, kah! Selain Touch n' Go e-Wallet, Korang boleh dapatkannya di Boost dan juga Grabpay. Semalam, kira-kira hampir 200,000 permohonan telah pun memohon dan dikatakan sebanyak 160,000 permohonan dah berjaya disahkan dan telah pun menerima RM30 tu ke dalam dompet digital masing-masing.

Syarat-syarat kelayakan untuk dapatkan RM30 dari kerajaan tu senang jer, antaranya:

1. Pengguna mesti lah rakyat Malaysia.
2. 18 tahun ke atas.
3. Berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Senang jer gais. Apa lagi, cepat-cepatlah buat permohonan yang mana belum mohon tu sebelum masa dia habis gais!

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/16/2020

0 comments:

Loading...