Harmoni Tidak Semesti Rai Upacara Agama Lain - Dr Mohd Khairuddin

Dr Mohd Khairuddin (kiri) mengadakan pertemuan dengan  Koperal Mazuki Mohd Zain di Balai Polis Seberang Takir bagi mendapatkan maklumat kejadian jenayah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut baru-baru ini.
KUALA NERUS, 16 Januari - "Umat Islam tidak perlu meraikan majlis dan upacara keagamaan penganut lain, biarkanlah penganut agama sahaja merayakannya," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Justeru itu beliau mempertikaikan alasan kononnya meraikan perayaan tersebut atas dasar keharmonian agama dan kaum.

"Kenapa pula atas dasar keharmonian, penganut agama Islam pula mahu dilibatkan dengan perayaan agama lain?

"Banyak lagi cara untuk membina perpaduan dan integrasi menerusi pelbagai program dan majlis sosial," ujarnya dalam satu kenyataan di status Facebook beliau semalam.

Dr Mohd Khairuddin berhujah berdasarkan Ayat 6 Surah Al-Kafirun yang bermaksud, "bagi kamu agama kamu dan bagi saya agama saya."




Sumber: teganukita.net