Influennza A Telah Merebak Di Cyberjaya Dan Klang.

Posted on Friday, January 10, 2020 | 1/10/2020



Macam-macam penyakit yang bahaya dan pelik sekarang ni kan. Baru-baru ni Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha’ari Ngadiman ada mengatakan wabak pertama yang dikesan positif adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya yang telah melibatkan seorang guru dan 20 orang murid. Semua yang terlibat yang mengalami demam, batuk dan selesema telah disahkan positif influenza A.

Ohmedia jugak difahamkan wabak itu jugak berada di Klang yang membabitkan dua orang adik-beradik. Salah seorang daripada mereka telah dirawat di hospital dan dikatakan stabil. Jangkitan ni senang berlaku, lagi-lagi bile berada di tempat yang ade ramai orang macam sekolah,tempat kerja tertutup dan institusi latihan.



Tapi jangan pulak korang amik kesempatan tak nak pergi sekolah or tempat kerja disebabkan hal ni. Kecuali kalau betul-betul dah darurat okay! Buat masa sekarang ni, wabak itu masih dalam keadaan terkawal dan tiada penutupan sekolah dilakukan di Selangor.

Pesanan sayang dari Ohmedia, korang kena sentiasa jaga kesihatan diri, minum air kosong secukupnya dan elakkan berada di kawasan yang ramai orang atau sentiasa memakai penutup hidung dan mulut. Take care guys!

Sumber: malaysiakini


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/10/2020

0 comments:

Loading...