Isu Study Di Restoran Fast Food, Student Pula Keluar Statement Balas!

Posted on Friday, January 31, 2020 | 1/31/2020



Dua tiga hari ni Ohmedia perhatikan isu study dekat restoran fastfood semakin menjadi perhatian hangat netizen. Mana taknya, ada yang sokong ada juga yang tak menyokong. Semalam Ohmedia ada keluarkan satu video mengenai perkara ini, boleh tengok di Youtube channel Ohmedia ya! Hari ni ada seorang wanita tidak pasti sama ada dia seorang pelajar atau tidak, namun dia telah mengecam netizen yang mempersoal student study di restoran fastfood.


"Ada hati nak lawan customer tetap..."



Katanya, mak bapa tak pandai jaga anak, biarkan anak buat bising satu restoran. Dia juga menambah, mak bapak lembap dan tak pandai guna kiosk yang disediakan.


"Mana ada library buka 24 jam..."



Tambahnya library tak buka selama 24 jam, jadi pilihan terbaik mereka adalah restoran fastfood yang provide wifi percuma. Dia juga turut mempersoal kewajaran mak bapak bagi anak-anak makan fastfood malam-malam.


"Restoran tak sediakan kemudahan pembantu tadika..."


Dia merungut kerana sikap mak bapak yang tidak hiraukan anak-anak mereka, membiarkan mereka membuat bising di restoran fastfood berkenaan sehingga menyusahkan dia untuk menyiapkan assignment yang due date. Dia menambah restoran berkenaan tidak menyediakan pembantu untuk menjaga anak-anak mereka.


"Tabung pendidikan kami banyak menyumbang..."



Dia turut menempak mamat yang viral Mc* bukan tempat study, menurutnya, pihak restoran fastfood tidak kisah sekiranya restoran berkenaan digunakan untuk tempat study. Tambahnya lagi, Student adalah penyumbang utama kepada restoran fastfood berkenaan apabila ada promosi atau flavour baru dikeluarkan.


"Dekat luar negara banyak kafe berkonsepkan library..."



Wanita ini berkata, kemungkinan mamat yang viral berkenaan tidak tahu bahawa banyak kafe diluar negara berkonsepkan library. Tambahnya lagi jangan dengki dengan student.

Pandangan Ohmedia untuk win-win situation, semua orang perlu tolerated sesama sendiri. Untuk yang student, mungkin lepas ni cuba untuk lebih proaktif untuk datang library, siapkan kerja atau assignment lebih awal. Rugilah korang, kemudahan yang korang bayar setiap semester tidak digunakan, terbiar begitu sahaja. Kalau tak boleh juga, korang kena fahamlah, restoran fastfood tempat awam, memang sentiasa akan bising even takda budak-budak pun.

Untuk ibu bapa, kurang-kurangkanlah bawa anak makan fastfood waktu malam. Tak baik untuk kesihatan budak-budak. Lagi satu, saranan Ohmedia, ibu bapa perlu lebih menjaga anak masing-masing bagi mengelakkan mereka membuat kacau terutamanya restoran fastfood. Mungkin ini sahaja pilihan yang student ada untuk study disana kerana tidak mempunyai talian internet dirumah sewa.

Sumber: Si Solihin

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/31/2020

0 comments:

Loading...