Jangan Tutup Masjid, Muzium & Tempat Pelancongan Dengan Alasan Cegah Virus


Selepas Kementerian Pelancongan, kini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri meminta agar tidak menghalang pelancong untuk melawat masjid dan muzium. Sebelum ini, Masjid Putra telah menumumkan penutupan untuk lawatan dan hanya dibuka untuk orang Islam sahaja bagi mencegah dari tersebarnya virus corona.

Bagaimanapun, Tun Mahathir menyatakan yang bukan dasar kerajaan untuk menyekat pelancong bukan Islam daripada melawat kawasan masjid dengan alasan begitu.

Tun Mahathir juga menegaskan yang tiada tempat yang tidak boleh dilawati oleh pelancong setakat ini dan tidak boleh menerima alasan kononnya pelancong ini membawa penyakit dan virus.

Dalam pada itu, kerajaan kini sedang memerhati segala jenis berita palsu yang disebarkan dengan niat menakut-nakutkan rakyat dan menimbulkan perasaan benci antara kaum.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Sumber: Oh! Media