Jumlah Kematian Di China Meningkat Kepada 213 Orang, Kes Mencecah 10k

Posted on Friday, January 31, 2020 | 1/31/2020



Wabak koronavirus kini semakin membimbangkan. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengesahkan jangkitan wabak ini telah mencecah hingga 9,692 orang. WHO juga telah mengisytiharkan kes ini darurat kesihatan global.

Menurut sumber jumlah kes itu telah meningkat sebanyak 1,982 dari hari sebelumnya. Ianya juga telah melebihi jumlah kes yang melanda sebelum ini pada tahun 2003 iaitu wabak yang dikenali sebagai SARS. Wabak itu juga merupakan salah satu penyakit teruk yang pernah tersebar di Asia.

Risau juga Ohmedia bila terbaca jumlah kematian di China telah meningkat ke 213 orang dengan 42 kematian baru yang berlaku di daerah Hubie. Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua dari terkena wabak seperti ini.

Sumber: Siakap Keli

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/31/2020

0 comments:

Loading...