Kementerian Pendidikan Mahu Kaji Semula Pelaksanaan Pemakaian Kasut Dan Stoking HItam? Seriuslah?!

Posted on Wednesday, January 15, 2020 | 1/15/2020



Sebelum ini semasa pentadbiran Dr Maszlee Malik, beliau telah melaksanakan pemakaian kasut dan stoking hitam disekolah melalui surat pekeliling yang dikeluarkan  oleh pihaknya. Namun semalam Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memperbaiki dasar-dasar pendidikan sedia ada.

Hari ini Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat untuk melaksanakan kajian pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking bewarna hitam. Dalam kandungan surat berkenaan turut dinyatakan bahawa tujuan perlaksanaan pelaksanaan pemakaian berkenaan. Mungkinkah pemakaian kasut putih akan kembali? Apa pula respon rakyat, khususnya ibubapa?


Tapi pandangan Ohmedia sendiri, pelaksanaan pemakaian kasut berkenaan bergantung kepada pihak sekolah dan ibubapa. Oleh itu, mungkin persatuan ibubapa boleh berbincangan dengan pihak sekolah mengenai kajian ini. Secara peribadi, Ohmedia rasa baik dikekalkan, sebab warna hitam, kasut tak nampak kotor berbanding dengan kasut berwarna putih.

Sumber: Suara Merdeka

+Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/15/2020

0 comments:

Loading...