Kumpulan Floor 88 cari Vokalis Kedua. Biar betul!?


Baru-baru ini heboh dikatakan yang Ayie vokalis dari kumpulan Floor 88 itu rebah ketika sedang membuat persembahan di Sri Menanti, Kuala Pilah. Mana taknya, Ohmedia sendiri terkejut bile tengok klip video yang viral tu. Dia rebah dan pengsan terus tanpa ada signal.

Selepas Ayie mendapat rawatan, kumpulan Floor 88 ni terpaka berhadapan dengan satu lagi masalah. Alamak masalah ape lagi ni gais!? Ayie disahkan mengalami masalah pita suaranya oleh doktor dan dinasihatkan untuk berehat buat seketika.


Menerusi laman social Floor 88 di instagram, mereka sedang mencari seorang vokalis untuk nyanyi bersama-sama Ayie di atas pentas sehingga kesihatannya pulih. Kriteria yang dicari juga diorang dah senaraikan. Apa tunggu lagi gais. Jom la hantar rakaman suara kat diorang! Hehe.

Sumber: OhBulan

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media