Lagenda NBA Kobe Bryant Meninggal Dunia, Nahas Helikopter Terhempas


Kobe merupakan seorang lagenda basketball dunia berusia 41 tahun dan bermain selama 20 tahun bersama pasukan Los Angeles Lakers meninggal dunia kerana helikopter peribadi yang dinaikinya terhempas di Calabasas, California. Semua orang dalam helikopter tu yang dalam perjalanan ke latihasn bola keranjang di Mamba Academy, California dikatakan terkorban dan takda siapa pon yang terselamat.



Antara penumpang yang ada dalam helikopter tu adalah beberapa pemain dan juga ahli keluarga mereka. Anak perempuan Kobe, Gianna Bryant yang baru jer berusia 13 tahun juga salah seorang yang terkorban.


Kobe merupakan pemegang rekod ketiga pengumpul mata terbanyak di NBA dan semalam sebelum Kobe meninggal dunia, rekod tu telah berjaya diambil alih oleh bintang Lakers, Lebron James.

Sumber : AmazingNara





Sumber: Oh! Media