Lee Tuck akan didaftarkan sebagai pemain tempatan?

Posted on Thursday, January 09, 2020 | 1/09/2020



Kuala Nerus: Pemain berdarah kacukan Malaysia, Lee Tuck sehingga kini menjadi tanda tanya apabila dokumen mengenai keturunannya yang berasal dari Malaysia tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

Menjadi tanda tanya lagi apabila dengan kehadiran pemain dari Australia yang telah menjalani latihan bersama pasukan Terengganu FC sejak beberapa hari ini, mungkinkah Lee Tuck akan didaftarkan sebagai pemain tempatan, berikutan jika diikutkan kuota pemain import TFC sudah pun penuh, kecuali pemain yang bernama Chris Fayers itu mempunyai darah kacukan negara ini.

Chris Fayers yang berasal dari Australia menjalani ujian bersama Terengganu FC
Pemain muda yang berusia 22 tahun itu boleh beraksi dipelbagai posisi, sebelum ini pernah beraksi bersama kelab di liga bawahan Australia dan Sepanyol.

Jika Terengganu FC mendapat tandatangan pemain ini dan Lee Tuck didaftarkan sebagai pemain tempatan, ia satu kejutan dari pihak Terengganu FC yang berkemungkinan sudah mempunyai dokumen membuktikan Lee Tuck berdarah Malaysia.

Persoalan juga timbul apabila Lee Tuck yang kini sudah 4 musim beraksi di Liga Malaysia akan dapat di naturalisasikan tahun hadapan walaupun dokumen yang mengatakan beliau berdarah Malaysia tidak dapat dibuktikan, kerana mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain boleh di naturalisasikan apabila 5 musim berturut-turut beraksi di negara tersebut dan belum pernah beraksi bagi mana-mana negara pada kejohanan FIFA.

Terengganu FC harus mengadakan perbincangan dengan Lee Tuck atau mungkin sudah dalam perancangan untuk mengikat beliau sekurang-kurangnya sehingga 2021, satu kerugian jika melepaskan pemain yang 'work rate' nya tinggi serta disenangi semua pihak dengan kebolehannya.

Persoalan ini dinantikan apakah ada kejutan dari Terengganu FC, sesuatu yang menarik apabila kuota import sudah penuh tetapi masih ada lagi pemain import datang menjalani ujian, kecuali Chris Fayers boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.
Blog, Updated at: 1/09/2020

0 comments:

Loading...