Malaysia Halau 14 Pelancong Dari Wuhan Yang Cuba Mendarat Di KLIA

Posted on Friday, January 31, 2020 | 1/31/2020



Kerajaan Malaysia melakukan tindakan pantas dengan menghantar pulang 14 pelancong dari wilayah Wuhan, China yang dikesan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari yang lalu.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana mereka dikesan dan dihalang pihak Imigresen Malaysia pada hari Selasa lalu ketika baru tiba di KLIA.

Mesyuarat jemaah menteri, saya ada menyebut mengenai tindakan-tindakan seterusnya yang diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengikut arahan dengan tidak membenarkan pelawat-pelawat dari Wuhan dan Hubei masuk ke Malaysia. Pada 28 Januari, 14 warga China dari Wuhan mendarat di KLIA, tetapi kita telah mengeluarkan arahan NOT TO LAND (NTL) dan telah pun dihantar balik ke tempat asal mereka. - Jelasnya.

Ini dapat dikesan setelah pihak imigresen melakukan semakan pasport ke atas setiap pelancong yang tiba. Semoga negara kita terus terkawal dari serangan wabak ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/31/2020

0 comments:

Loading...