Mane Anak Kepada Imam Masjid Dinobatkan Pemain Terbaik Benua Afrika 2019

Posted on Friday, January 10, 2020 | 1/10/2020



Siapa sangka seorang anak Imam Masjid dari sebuah perkampungan Afrika kini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Benua Afrika 2019. Siapa lagi kalau bukan penyerang berbisa Liverpool, Sadio Mane. Tapi apa agaknya halangan yang dia hadapai untuk capai ke tahap ni?


Mesti ramai yang tak percaya yang pada mulanya Mane yang merupakan seorang pemain muslim ini, tidak dibenarkan ayahnya untuk menjadi seorang pemain bola? Ya betul, itulah apa yang perlu dilalui Mane sebelum berjaya mencipta nama bersama Liverpool di Liga Perdana Inggeris dan juga menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah.


Siapa sangka sekarang Mane sudah boleh berjasa untuk orang kampungnya di Senegal apabila telah berjaya membina hospital untuk memudahkan orang kampungnya mendapatkan rawatan. Mane, juga telah membina sekolah dan membantu anak-anak orang miskin yang tak mampu pergi ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.


Mane sekarang sudah berumur 28 tahun dan semoga dapat terus menampilkan aksi yang terbaik dan terus berbakti kepada orang kampungnya. Mana penyokong Liverpool?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/10/2020

0 comments:

Loading...