Masjid Di Pakistan Kena Bom Ketika Jemaah Sedang Solat, 15 Orang Terbunuh


Lagi dan lagi orang yang tak bersalah menjadi mangsa dan masjid menjadi sasaran mereka. Kita dikejutkan dengan satu letupan bom di dalam sebuah masjid di barat daya Pakistan ketika jemaah sedang solat.

Hasil dari letupan mengejut itu, seramai 15 orang awam dan seorang pegawai kanan polis dilaporkan terkorban dan 20 orang lagi cedera. Dari siasatan awal, bom berkenaan telah ditanam di dalam masjid dan telah meletup pada waktu petang Jumaat 10 Januari 2020.

Memetik dari laporan ketua polis bandar Quetta, Abdur Razzaq Cheema, masih ada mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dan mereka bimbang jumlah kematian meningkat.

Imran Khan Perdana Menteri Pakistan, turut mengutuk dan mengecam serangan terbabit dan ini ada serangan letupan kedua selepas beberapa hari kenderaan angkatan tentera di bom di tepi jalan di bandar sama.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media