Naza-Berjaya Dipilih Untuk Bekalkan Kenderaan Rasmi Kerajaan

Posted on Wednesday, January 29, 2020 | 1/29/2020



Banyak betul spekulasi kita dengar tentang kereta rasmi yang akan digunakan kerajaan. Macam sebelum ini, katanya semua kementerian dan jabatan akan menggunakan Toyota Vellfire dan Honda Accord bagi menggantikan Proton Perdana. Bagaimanapun, kerajaan ada mengatakan yang Proton Perdana akan tetap dipakai.

Tapi, akhirnya satu keputusan telah dibuat dengan memberikan tender bekalan kenderaan rasmi kerajaan ini kepada syarikat Naza-Berjaya dan mereka akan membekal, menyelenggara dan menguruskan semua kenderaan rasmi selepas ini.

Naza-Berjaya juga dipilih kerana mereka merupakan pembekal kepada 20 jenama kenderaan dan juga menawarkan servis sokongan selepas penjualan yang agak berbeza dari penawaran syarikat lain.

Dengan itu, kontrak antara Kerajaan dan Naza-Berjaya akan bermula seawal pertengahan tahun ini dan akan membekalkan 12,500 buah kenderaan rasmi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/29/2020

0 comments:

Loading...