Padang Sekolah Bantu MU Menang Besar



Manchester United berjaya layak ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA Inggeris selepas menewaskan Tranmere Rovers 6-0 di tempat lawan. Walaupun beraksi di permukaan padang yang kurang memuaskan, ianya tidak menjadi penghalang untuk MU mendominasi perlawanan dan buktinya MU hanya memerlukan 6 minit untuk menjaringkan 3 gol.




Pertahanan termahal dunia, Harry Maguire membuka tirai jaringan MU hasil rembatan padu pada minit ke-10 sebelum Diogo Dalot dan Jesse Lingard menambah gol pada minit ke-13 dan 16. Ohmedia tengok MU lagi power bermain di padang lecak berbanding di Old Trafford. Apa guna padang cantik tapi asyik kalah je kan!


Berbaki 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama menyaksikan MU menambah lagi 2 gol menerusi Phil Jones dan Anthony Martial, masing-masing pada minit ke 41 dan 45. Mason Greenwood melengkapkan hari kegemilangan MU setelah menjaringkan gol ke-6 menerusi sepakan penalti pada minit ke-56. Tahniah Ohmedia ucapkan kepada MU, semoga kekal konsisten untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya especially di saingan Liga Perdana Inggeris selepas ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Sumber: Oh! Media