Pemain Badminton No.1 Dunia Terlibat Kemalangan Selepas Juarai Master Malaysia


Malam tadi telah berlaku satu kemalangan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota (Jepun), Wiliam Thomas (England) Hirayama Yu (Jepun) dan Morimoto Arkufuki (Jepun) di KM 13.7 Lebuhraya MEX. Dalam kemalangan ini, telah mengorbankan pemandu van pelancong berkenaan yang merupakJuaran warga tempatan yang dikenalan sebagai B Nageswarau.

Mereka semua dalam perjalan ke hotel selepas Kento Momota berjaya menjadi juara dalam saingan Master Malaysia.

Dalam kejadian awal pagi itu, van pelancong yang dinaiki mereka dikatakan telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah lori tanah dan seramai 10 anggota bomba telah datang ke lokasi kemalangan. Mangsa yang tersepit di tempat pemandu telah terkorban di lokasi kemalangan, manakala mangsa lain dibawa ke hospital.

Perkembangan terikini, Kento Momota disahkan patah tulang hidung dan mengalami kecederaan lain di bahagian muka. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut mengesahkan tiga lagi mangsa bersama Momota turut dalam keadaan stabil.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media