Perodua Bezza 2020 Dilancarkan Secara Rasmi. Harga Bermula RM34,580 hingga RM49,980

Posted on Wednesday, January 08, 2020 | 1/08/2020



Ramai yang ternanti-nanti kemunculan Perodua Bezza 2020 untuk dilancarkan sejak dari tahun lalu lagi. Memandangkan Perodua Bezza sentiasa menjadi pesaing dengan Proton Saga terbaru pada tahun 2019, maka ramai yang menanti kemunculan Bezza baru ini untuk memilih mana satu yang patut mereka beli.


Akhirnya pada hari ini, Perodua Bezza 2020 telah dipertontonkan kepada umum melalui pelancaran rasminya sebentar tadi.



Semua pun tahu yang ini hanya versi facelift bagi Perodua Bezza terdahulu, tapi terdapat banyak perubahan pada rekaan luar dan dalaman Perodua Bezza 2020 ini.


Dari segi rekaan luaran, Perodua Bezza kali ini tampil lebih garang dengan rekaan lampu hadapan, grill & bumper hadapan serba baharu. Pada Ohmedia, rekaan bahagian depan Bezza 2020 ini sangat jauh lebih cantik berbanding versi sebelumnya.

Untuk rekaan dalaman pula, Perodua Bezza hadir dengan Push Start/Stop Button dengan Smart Entry, kerusi separa-kulit, rekaan meter baru, Multimedia System dengan fungsi 'Smart Link' sama seperti yang ada di Myvi, dan juga slot USB di bahagian belakang konsol tengah.

Tidak dilupakan, beberapa features lain yang pastinya akan memudahkan pemiliknya dari semasa ke semasa.


Perodua Bezza 2020 ini didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Ivory White, Garnet Red, Granite Grey, Sugar Brown, Glittering Silver, dan Ocean Blue.







Harga bagi Perodua Bezza 2020 ini bermula dari RM34,580 bagi spec terendah hinggalah membawa kepada RM49,980 untuk spec yang paling tinggi (full spec).



Jadi apa pandangan korang dengan Perodua Bezza 2020 ni? Adakah ianya menepati apa yang korang bayangkan?




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/08/2020

1 comments:

JohnRMay said...

Perodua Bezza adalah kereta yang selamat, bahan api dan sangat selesa.

Loading...