Proton Perdana Dikekalkan Untuk Kegunaan Rasmi, Kata Lim Guan Eng

Posted on Friday, January 10, 2020 | 1/10/2020


Sumber gambar dari Arena Permotoran
Nampaknya ura-ura  kabinet akan menggunakan Vellfire untuk kenderaan rasmi tidak menjadi kenyataan apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini memutuskan untuk mengekalkan Proton Perdana utnuk tujuan berkenaan. Keputusan ini dibuat setelah dimaklumkan bahawa jumlah kenderaan nasional berkenaan mencukupi.

Sebelum ini, pihaknya dimaklumkan bahawa jumlah Proton Perdana berkenaan tidak berkenaan menyebabkan kerajaan berminat untuk melantik syarikat untuk membekalkan kenderaan rasmi kerajaan setelah syarikat sebelum ini tamat kontrak bulan Disember lepas.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila kerajaan dilaporkan mahu menggunakan 32 unit Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan. Perkara ini telah mengundang reaksi rakyat kerana dilihat sebagai satu bentuk pembaziran.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 1/10/2020

0 comments:

Loading...