Rizalman Sebak Dapat Tunaikan Hasrat Seorang Kanak Kanak Istimewa.


Dato Rizalman, nama yang sangat gah dalam industri pereka fesyen meluahkan rasa sebaknya apabila dia dapat menunaikan hasrat peminatnya yang tegar iaitu seorang kanak-kanak istimewa yang bernama Airen Nurain, untuk berjumpa denganya. Kesihatan adik Ain dikatakan semakin merosot akibat penyakit buah pinggang yang kronik serta disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.

Seorang individu telah memaklumkan tentang hasrat adik Ain. Mereka cube menunaikannya sebelum adik Ain menjalani rawatan. Ketumbuhan yang di alami menyebabkan penglihatan adik Ain terjejas teruk dan kemungkinan bakal buta.


Tersentuh dengan berita yang diterima, Dato Rizalman telah mengaturkan pertemuan bersama peminat ciliknya. Pertemuan itu dirahsiakan kerana ingin memberi kejutan. Menerusi laman sosial milik pereka fesyen itu, adik Ain hilang kata-kata sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu gembira.



Semoga pembedahan adik Ain berjalan dengan lancar dan diberikan kesihatan yang baik. Thankyou Dato Rizalman kerana sudi tunaikan hasrat adik istimewa ini!

Symber: ohmymedia

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media